Pencinta Biru ! :)

cinta manusia-mati, cinta dunia-binasa, cinta rasul-sejati, cinta Illahi-ABADI.

Cemburu! 19:08


Entri ni khas buat peringatan diri ini serta teman2. 
sifat cemburu , jelous or yang lebih mudah hasad!!
mengapa Allah menciptakan sifat ini kepada diri manusia?? pasti ada hikmahnya.
namun kita sebagai hambaNya yang lemah perlu membuang sifat tu jauhjauhjauh dalam laut sana nuhh..
sifat or penyakit ni boelh merosakkan hatihati anda.
bukan sahaja merosakkan hati tetapi sifat prasangka n memutuskan sillaturrahim juga mungkin terjadi!
cemburu didalam perniagaan boleh menyebabkan seseorang yang hilang kewarasan akal meminta bantuan jin2 untuk menyihir atau pun memakai pelaris perniagaan, Astaghfirullah!! jatuh syirik!! nauzubillah!!
cemburu dengan kawan, jiran serta adik beradik sendiri sekalipun. adalah bisikan dari syaitan!!
banyak2 kan istighfar kalau perasaan tersebut asuk ke hati2 suci anda, jangan biarkan ia menjadi raja di hati2 anda.
Semoga menjadi peringatan buat diri yang alpha serta sahabat2. :)

Kawan Sampai Syurga 18:44



Bermula mei 2011, rasanya bagai semalam baru berkenalan dengan mereka.
sampai saat dan ketika ini, segala duka dan suka dalam menempuh hari2 memperjuangkan agamaMu ya Rab kami kongsi bersama.
Namun Allah ingin menguji hambaNya. kami redha!!
Feb 2012 kami digemparkan dengan berita sedih.
Kami bakal kehilangan sahabat seperjuangan!!
Demi Allah!! Aku sangat sedih yaAllah~ tabahkan kami yaAllah!!
Aku yang hanya melihat merasakan peritnya, apatah lagi tuan punya hati.
Sesungguhnya Allah tidak akan senang2 memberi syurga kepada hambaNya yang mengatakan kami beriman kepadamu tanpa menguji mereka.
Detik2 kepulangan sahabat ku yang terpaksa menghentikan perjuangannya kami hitung dalam senyap dan mengaharapkan agar seribu kenangan bakal terpahat dalam memorinya.
Ya Allah kami sayangkan dia keranaMu.
Namun bagi aku, berlembut serta menunjukkan kasih sayang padanya bukanlah caraku.
Aku lebih memilih untuk mencari kesalahan dan menyakitkan hatinya agar kemanisannya terasa apabila sudah tidak bersamanya, dan kesunyian akan menyerbu..
Pelbagai peristiwa manis dan pahit berlaku dalam penghitungan detik mengahadapi hari perpisahan itu!!
Akan tetapi hari2 terakhirnya kulihat dia sungguh tabah menempuhinya.
tanpa menitiskan air mata!! Dia sungguh tabah ya Allah!!
luluh hatiku~ T_T
Harapanku agar dirimu sentiasa dibawah lembayung rahmatNya~ 
Teruskan perjuangkan agama Allah walau tanpa kami disismu, kau kuat kawan!!
Semoga kau kembali semula ke sisi kami agar dapat berjuang bersama di jalan ini.
>kawan sampai syurga< sayang kau kawan, LILLAH!! <3

Cinta 17:37





Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu.
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lali aku merindukan syurgaMu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. :)


*relevankah aku di hatimu-Carl Duke Adam*