Pencinta Biru ! :)

cinta manusia-mati, cinta dunia-binasa, cinta rasul-sejati, cinta Illahi-ABADI.

salahkah?? 22:38

huhu~

exam dah habis! 20:50

apabila ilmu dipelajari kerana peperiksaan, maka rugilah.
sekiranya kerana cinta akan ilmu, maka beruntunglah.

*selesai peperiksaan semester 2/2012
tawakkal a.k.a. berharap

Assalamualaikum, wahai tulang rusuk kiriku.. 19:50




Apa khabar?? Wahai rusuk kiriku??



Ya Allah.. Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu segala resah diri ,sebaik-baik tempat berkeluh kesah.. Maka izinkanlah aku menyampaikan pesanku kepada dia pasangan hatiku, Sampaikan padanya tentang semua yang saat ini ku rasa..

Assalamu'alaikum rusuk kiriku..???
Apa khabar calon makmum ku??? Wanita pilihan Allah untukku..
Siapa dan dimana engkau aku tidak pernah tahu.
Apakah kamu seorang wanita solehah,atau seorang wanita yang sedang menyesali dosa-dosanya di masa lampau dan memulai perbaikan, ataukah seorang wanita yang enggan menutup auratnya dan gemar berikhtilat dengan lawan jenisnya??
Jika kau wanita solehah.. Syukur pada Allah Ta'ala karena menghadiahkan bidadari dunia untuk mendampingi perjuanganku meraih redha-Mu.
Namun jika kau adalah wanita yang dalam tahap perbaikan,aku pun bahagia sayang..kerana dengan begitu aku pun akan mendapatkan Wanita solehah pula, teruslah berjuang dalam perbaikan, jika tiba saatnya kita di pertemukan dan disatukan dalam ikatan suci, kita berdua akan berjuang bersama memperbaiki kesalahan yang telah lalu..

Namun jika kau adalah wanita yang masih enggan menutup aurat,enggan memperbaiki diri, dan gemar bercampur baur bebas tanpa batas dengan Lelaki, semoga engkau segera bertaubat ya ukhti... kasihanilah dirimu sendiri,engkau permata yang amat berharga jika kecantikanmu tetap kau jaga, jadikan taqwa sebagai pakaianmu dan malu sebagai perisainya.
Jika kau inginku imam yang baik mampukah kamu jadi makmum yang baik??
Ukhti.. tahukah apa yang aku takutkan jika engkau tak bisa menjadi makmum yang baik, bagaimana aku mempertanggung jawabkan kepemimpinanku kepada Allah??

Ukhti.. 
Sebelum menikah engkau menjadi tanggung jawab orang tuamu.
Namun setelah menikah engkau akan menjadi tanggung jawabku sepenuhnya..
Maka dari itu ukhti, jangan mudah tergoda oleh serigala berbulu domba..
Jangan mudah tertipu bisikan nafsu yang kau sangka bisikan cinta..
Aku adalah calon imammu.. Tidak mungkin aku merosakkanmu
Kerana aku mencintaimu, aku tidak akan mempermainkanmu..
Kerana aku mencintaimu, aku tidak akan mengucapkan janji-janji tak pasti..
Kerana aku tahu engkau adalah untukku.. Maka, aku hanya akan datang dengan lamaran.. bukan mengajakmu bercinta.
Jangan salah memilih Imam, ukhti.. 

"Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,namun itulah pilihan-Nya, pilihan-Nya adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin kebaikan itu tidak pada wanita yang terpilih itu melainkan jalan yang kita pilih, atau mungkin kebaikan itu terletak pada kesabaran dan keikhlasan kita menerima segala Ketentuan-Nya"

_Farah Naqibah-FB_ :)

p/s: diri dan semua kaum hawa~ :) <3