Pencinta Biru ! :)

cinta manusia-mati, cinta dunia-binasa, cinta rasul-sejati, cinta Illahi-ABADI.

Assalamualaikum, wahai tulang rusuk kiriku.. 19:50




Apa khabar?? Wahai rusuk kiriku??



Ya Allah.. Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu segala resah diri ,sebaik-baik tempat berkeluh kesah.. Maka izinkanlah aku menyampaikan pesanku kepada dia pasangan hatiku, Sampaikan padanya tentang semua yang saat ini ku rasa..

Assalamu'alaikum rusuk kiriku..???
Apa khabar calon makmum ku??? Wanita pilihan Allah untukku..
Siapa dan dimana engkau aku tidak pernah tahu.
Apakah kamu seorang wanita solehah,atau seorang wanita yang sedang menyesali dosa-dosanya di masa lampau dan memulai perbaikan, ataukah seorang wanita yang enggan menutup auratnya dan gemar berikhtilat dengan lawan jenisnya??
Jika kau wanita solehah.. Syukur pada Allah Ta'ala karena menghadiahkan bidadari dunia untuk mendampingi perjuanganku meraih redha-Mu.
Namun jika kau adalah wanita yang dalam tahap perbaikan,aku pun bahagia sayang..kerana dengan begitu aku pun akan mendapatkan Wanita solehah pula, teruslah berjuang dalam perbaikan, jika tiba saatnya kita di pertemukan dan disatukan dalam ikatan suci, kita berdua akan berjuang bersama memperbaiki kesalahan yang telah lalu..

Namun jika kau adalah wanita yang masih enggan menutup aurat,enggan memperbaiki diri, dan gemar bercampur baur bebas tanpa batas dengan Lelaki, semoga engkau segera bertaubat ya ukhti... kasihanilah dirimu sendiri,engkau permata yang amat berharga jika kecantikanmu tetap kau jaga, jadikan taqwa sebagai pakaianmu dan malu sebagai perisainya.
Jika kau inginku imam yang baik mampukah kamu jadi makmum yang baik??
Ukhti.. tahukah apa yang aku takutkan jika engkau tak bisa menjadi makmum yang baik, bagaimana aku mempertanggung jawabkan kepemimpinanku kepada Allah??

Ukhti.. 
Sebelum menikah engkau menjadi tanggung jawab orang tuamu.
Namun setelah menikah engkau akan menjadi tanggung jawabku sepenuhnya..
Maka dari itu ukhti, jangan mudah tergoda oleh serigala berbulu domba..
Jangan mudah tertipu bisikan nafsu yang kau sangka bisikan cinta..
Aku adalah calon imammu.. Tidak mungkin aku merosakkanmu
Kerana aku mencintaimu, aku tidak akan mempermainkanmu..
Kerana aku mencintaimu, aku tidak akan mengucapkan janji-janji tak pasti..
Kerana aku tahu engkau adalah untukku.. Maka, aku hanya akan datang dengan lamaran.. bukan mengajakmu bercinta.
Jangan salah memilih Imam, ukhti.. 

"Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,namun itulah pilihan-Nya, pilihan-Nya adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin kebaikan itu tidak pada wanita yang terpilih itu melainkan jalan yang kita pilih, atau mungkin kebaikan itu terletak pada kesabaran dan keikhlasan kita menerima segala Ketentuan-Nya"

_Farah Naqibah-FB_ :)

p/s: diri dan semua kaum hawa~ :) <3

Cemburu! 19:08


Entri ni khas buat peringatan diri ini serta teman2. 
sifat cemburu , jelous or yang lebih mudah hasad!!
mengapa Allah menciptakan sifat ini kepada diri manusia?? pasti ada hikmahnya.
namun kita sebagai hambaNya yang lemah perlu membuang sifat tu jauhjauhjauh dalam laut sana nuhh..
sifat or penyakit ni boelh merosakkan hatihati anda.
bukan sahaja merosakkan hati tetapi sifat prasangka n memutuskan sillaturrahim juga mungkin terjadi!
cemburu didalam perniagaan boleh menyebabkan seseorang yang hilang kewarasan akal meminta bantuan jin2 untuk menyihir atau pun memakai pelaris perniagaan, Astaghfirullah!! jatuh syirik!! nauzubillah!!
cemburu dengan kawan, jiran serta adik beradik sendiri sekalipun. adalah bisikan dari syaitan!!
banyak2 kan istighfar kalau perasaan tersebut asuk ke hati2 suci anda, jangan biarkan ia menjadi raja di hati2 anda.
Semoga menjadi peringatan buat diri yang alpha serta sahabat2. :)

Kawan Sampai Syurga 18:44



Bermula mei 2011, rasanya bagai semalam baru berkenalan dengan mereka.
sampai saat dan ketika ini, segala duka dan suka dalam menempuh hari2 memperjuangkan agamaMu ya Rab kami kongsi bersama.
Namun Allah ingin menguji hambaNya. kami redha!!
Feb 2012 kami digemparkan dengan berita sedih.
Kami bakal kehilangan sahabat seperjuangan!!
Demi Allah!! Aku sangat sedih yaAllah~ tabahkan kami yaAllah!!
Aku yang hanya melihat merasakan peritnya, apatah lagi tuan punya hati.
Sesungguhnya Allah tidak akan senang2 memberi syurga kepada hambaNya yang mengatakan kami beriman kepadamu tanpa menguji mereka.
Detik2 kepulangan sahabat ku yang terpaksa menghentikan perjuangannya kami hitung dalam senyap dan mengaharapkan agar seribu kenangan bakal terpahat dalam memorinya.
Ya Allah kami sayangkan dia keranaMu.
Namun bagi aku, berlembut serta menunjukkan kasih sayang padanya bukanlah caraku.
Aku lebih memilih untuk mencari kesalahan dan menyakitkan hatinya agar kemanisannya terasa apabila sudah tidak bersamanya, dan kesunyian akan menyerbu..
Pelbagai peristiwa manis dan pahit berlaku dalam penghitungan detik mengahadapi hari perpisahan itu!!
Akan tetapi hari2 terakhirnya kulihat dia sungguh tabah menempuhinya.
tanpa menitiskan air mata!! Dia sungguh tabah ya Allah!!
luluh hatiku~ T_T
Harapanku agar dirimu sentiasa dibawah lembayung rahmatNya~ 
Teruskan perjuangkan agama Allah walau tanpa kami disismu, kau kuat kawan!!
Semoga kau kembali semula ke sisi kami agar dapat berjuang bersama di jalan ini.
>kawan sampai syurga< sayang kau kawan, LILLAH!! <3

Cinta 17:37





Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu.
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lali aku merindukan syurgaMu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. :)


*relevankah aku di hatimu-Carl Duke Adam*

Hidup 07:57

“Hidup ini bagai lampu dinding,
Yang dinyalakan di malam hari,
Apabila minyak sudah kering ia kan pasti padam sendiri….”
_Pelita Hidup-Hijjaz_
Entri kali ni saya nak jd matang@series bole?? :P
Hidup ini ibarat roda,
Kadang2 kita diatas dan kadang2 kita dibawah.
Bila kita diatas kita seronok, suka, bahagia, gembira sampai lupa utk panjat kesyukuran padaNya,
Bila sampai masa kita berada dibawah, marah, tak puas hati, mula meraba mencari tali utk memimpin kita smula, menuduh Tuhan itu tidak adil?? Apakah hidup ini??
Kadang2 hidup ini sukar utk ditafsirkan ..
Kita hendak melakukan sesuatu mengikut kehendak hati masing2..
Tapi “ikut hati MATI”.
Apa yang kita lakukan selalu bertentangan dgn kehendak sbnr hati..
DIRI-Nafsu/nafsi=kehendak
Apa yang kita hendak lakukan terikat!! Terhalang!!
Tak tentu jalan penyelasaiannya!!
Apa yang ingin kita lakukan perlu memikirkan perasaan org lain sehingga kadang2 perasaan sendiri terpaksa dikorbankan.
“Berkorban demi kebahagian/kesenangan org lain??”
Sedangkan dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Kadang2 manusia buat silap..
Berilah peluang kepadanya utk membetulkan kesilapannya..
Mungkin peluang yang diberikan lebih bermakna dan lebih dihargai..
Manusia!! Sering memandang buruk akan sesuatu kesilapan..
Logiknya, adakah manusia yang suka akan kesilapan?? Memang tak ada.
Mungkin ada hikmah disebalik setiap kesilapan itu.
Tapi manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Kcuali para nabi dan rasul yang dikurniakan Allah sifat maksum.
Kadang2 , terfikir utk mengakhiri semua ini dengan menamatkan episod kehidupan yang penuh dugaan..


Rindu gileee.. :') 21:56

Assalamualaikum.. (tulisan tu tak payah nak jambu sgt la kan) :P
seyes sye rindu sama blog sye taw.. 
dkat sebulan+ gak la tk update blog..
always bz kot.. busy cutie girl,, (bz la sgt.. sacat)
HAHA~! nk ckp pasal.. hmmm. ap ek..
haaaa!! 1st dec 2011 sape tgok ombak rindu?? (angkt tgn!!)
haha.. sye tgok lmbt coz bz.. haha..
tp mmg terkesan la dgn jalan crite tu.. 
but mmg tak minat langsung bce novel.. (tebal gile kot)
yg minat teruskan ye.. *banyak membaca banyak ilmu.. (btol ke?? :P)
aaron aziz= haris maya karin= izzah.. (love them so much <3)
jap2.. sye baru buat twitter taw.. (gile ketinggalankan?? :P)
jgn lupe la follow ea.. @AisyahBadrul93 
tu je kot nk bebel skrg ni.. hehe..
walaupon tk de org nk bce kot.. hahaha.. (ilovetowrite)
k la.. bye2 eyh.. 

kakak sayang~ 02:14

saya sama sayang kakak~ :P
assalamualaikum kalian yg ad dlm alam cyber ni, :P
hoho, sape yg sudi bce saja. huhu~ 
nk story pasal kakak sayang saya ni. 
bole tk? (bole ke tk bole , nk cite gak sbb ni blog saya)
she's the only one. satu2nye kakak saya.
salu share2 sad n happy story ngn die,
baru2 ni kakak kasi saya beg kcik tarok fone uh.
(tk taw panggil ap :)) ad gmbo domo.
tapi mls nk upload la, ad kt fone. hehe..
sori kakak. suke sgt beg tu, sbnrnye kakak punye baru beli.
tapi die kc saya... :D padahal die suke sgt beg tu... 
terbaekkk la... she's pretty2 wow. hohoo.. 
moge2 die dpt sorg suami yg btol2 bole sayang die sgt n hargai die..
sayang kau la kakak.. :)